Selasa, 10 Februari 2009

PPSMI

Kerajaan masih kaji isu PPSMI secara terperinci

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak pernah mendiamkan isu berhubung Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sebaliknya kajian terperinci mengenainya masih dilaksanakan. Perdana Menteri berkata, kajian mengenai pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran itu belum selesai kerana ia perlu membabitkan penilaian terperinci meliputi lima faktor khusus. Abdullah berkata, antaranya ialah keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), keupayaan guru, kesannya kepada bahasa Melayu, kedudukan pelaksanaannya dari segi Perlembagaan dan keputusan kajian perbandingan pencapaian pelajar antara sekolah bandar dan luar bandar. “Ini bukan isu sengaja kerajaan mendiamkan diri dan ia juga bukanlah isu yang (orang ramai) boleh ulas (sebarangan) kerana ia mesti ia berasaskan kajian,” katanya selepas menghadiri majlis Himpunan Belia Bersama Perdana Menteri di sini, semalam. Mengulas lanjut, Abdullah berkata, kerajaan akan membuat keputusan mengenai pelaksanaan PPSMI apabila kajian itu selesai dan laporan mengenainya dibentangkan kepada Kabinet.


bharian.com


Apa pendapat kawan-kawan?... undi di sebelah. TQ :-D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan